Jangan biarkan umrah anda sekadar rutin. Jadikan ia satu perjalanan transformasi — di mana ibadah dan ilmu bersatu, membetulkan bacaan, meluruskan lidah, dan menyucikan hati… terus dari bumi Madinah.
Ramai antara kita pernah tunaikan umrah…
Tapi bila pulang, Al-Quran masih tergagap-gagap.
Hukum tajwid entah ke mana, bacaan masih salah, Dan kita sendiri rasa bersalah…
Namun tiada masa, tiada ruang, dan tiada guru untuk betulkan semua itu.
Bayangkan kalau anda dapat pergi umrah,
…dan pada masa yang sama, berguru dengan sheikh/sheikhah bersanad,
…dalam suasana tenang di Masjid Nabawi,
…bukan dalam kelas besar bercampur-campur,
…tapi kelas eksklusif hanya untuk anda dan peserta khas.
Di sinilah mula perubahan – bukan sahaja jiwa dibersihkan, tetapi lidah anda juga disucikan dari kesilapan bacaan.
Anda akan membaca Al-Quran di hadapan guru yang diiktiraf (bersanad) dan mereka akan mendengar, membetulkan dan memperbaiki bacaan anda satu-persatu.
Majoriti daripada kita belajar secara rakaman, online, atau ikut kelas ramai-ramai. Kita tak tahu pun bacaan kita betul atau salah.
Talaqqi ini adalah cara belajar para sahabat dengan Nabi – duduk depan guru, baca, dan guru betulkan satu-satu.
Inilah cara paling efektif untuk betulkan bacaan yang mungkin selama ini kita tak sedar salah.



Peserta program dimasukkan ke dalam kelas khas tertutup – hanya untuk peserta dalam pakej ini. Tidak bercampur dengan jemaah umum lain.
Dalam kelas umum, anda tak akan dapat perhatian guru sepenuhnya. Kadang-kadang hanya jadi pemerhati.
Tapi dalam halaqah eksklusif ini, anda memang akan dibimbing secara peribadi, berpeluang membaca dan dibetulkan secara giliran.
Malah, anda akan dapat hubungan langsung dengan guru, dan suasana pembelajaran yang lebih tenang & tertumpu.
Bengkel khas yang diadakan di dalam kampus Universiti Islam Madinah, bersama tenaga pengajar dari sana – khusus mengenai ilmu tajwid dan praktikal bacaan.
Ilmu tajwid bukan sekadar teori. Ramai orang tahu istilah, tapi tak tahu sebutan sebenar.
Di sini anda bukan sekadar belajar, tapi terus amalkan dan diuji – dalam suasana akademik yang berprestij.
Pengalaman ini mustahil diperoleh dalam pakej umrah biasa, dan akan beri kefahaman yang sangat mendalam dalam masa yang singkat.
Sesi khas untuk menghayati makna-makna mendalam dalam surah-surah tertentu yang dipilih oleh guru – secara tafsir ringkas, refleksi dan interaktif.
Ramai orang baca Al-Quran tanpa faham makna. Tapi bila anda tahu cerita di sebalik ayat, barulah ayat itu hidup dalam hati anda.
Sesi tadabbur ini akan menjadikan bacaan anda lebih bermakna, mendalam dan menyentuh jiwa.
Ia akan membina hubungan hati anda dengan Al-Quran – bukan sekadar membaca di bibir.
Setiap peserta akan diberikan sijil pengiktirafan atas penyertaan kelas talaqqi & bengkel tajwid, dari dua institusi berautoriti ini.
Sijil ini bukan hanya kenangan, tapi juga pengiktirafan rasmi bahawa anda telah melalui proses pembelajaran yang sah dan tersusun.
Jika anda bercita-cita untuk mengajar, atau sekadar mahu bukti pembelajaran, ini adalah sijil yang sangat bernilai dan bukan mudah diperoleh.
Ia juga akan menjadi kenangan hidup bahawa anda pernah berguru di bumi Madinah.
Sepanjang program, peserta akan diberi perhatian khas oleh pihak pengurusan – termasuk susunan masa belajar, lokasi halaqah, dan bimbingan mutawwif.
Anda tak perlu risau nak cari halaqah sendiri, bertanya pada orang sana, atau bimbang tak faham sistem.
Segala urusan disusun rapi – anda hanya perlu fokus pada ibadah dan ilmu.
Ini menjadikan umrah anda lebih tenang, tersusun dan berkualiti – bukan sekadar ‘ikut arus’ jemaah lain.
Di Madinah – 100m dari Masjid Nabawi, di Mekah – 250m dari Masjidil Haram. Hotel selesa & lengkap, makan teratur.
Dalam program intensif macam ni, anda perlukan rehat yang cukup, jarak dekat ke masjid, dan tempat yang tenang untuk ulangkaji.
Lokasi yang dekat memudahkan anda hadir halaqah tanpa letih. Penginapan selesa membantu kekal fokus sepanjang program.
Dalam pakej ini, anda akan dibawa melawat 16 lokasi penting dalam sirah Nabi SAW, yang bukan sekadar tempat ziarah biasa — tetapi tapak-tapak perjuangan, pengorbanan, dan kebangkitan Islam.
Antara lokasi yang akan diziarahi:
Gua Hira’ – tempat pertama wahyu diturunkan
Bukit Uhud – medan perjuangan besar umat Islam
Masjid Quba’ – masjid pertama dibina dalam Islam
Masjid Qiblatain – tempat pertukaran arah kiblat
Tapak Perang Khandaq, Jabal Thur, dan banyak lagi…
Ramai jemaah umrah pergi ke tempat-tempat ini sekadar bergambar, tanpa penghayatan.
Tapi dalam program ini, setiap ziarah akan disertai dengan penerangan sejarah yang mendalam – anda akan faham konteks perjuangan Rasulullah SAW, para sahabat, dan bagaimana ia memberi makna dalam kehidupan anda hari ini.
Ia bukan sekadar lawatan — ia adalah pengembaraan spiritual dan sirah yang akan membuatkan anda melihat semula Islam dengan penuh rasa syukur dan semangat.
Jika Anda Antara 5 Golongan Di Bawah, Anda Patut Sertai Pakej Ini!
“Sheikh betulkan bacaan kami satu per satu.”
“Kami tadarus dalam halaqah, dan sheikh akan betulkan kesalahan serta ajar tajwid secara langsung. Inilah pengalaman belajar Quran yang sebenar.”
– Hj Nor Halimi Saadin, Bangi
“Saya belajar kaedah Madaniyyah – mudah dan sangat berkesan.”
“Sheikhah bantu kami sebut huruf dengan makhraj yang betul. Bukan semua orang diberi izin oleh Allah untuk sampai ke sini dan belajar.”
– Hjh Haslina Mohammad Ali, Bangi
“Rasa seperti benar-benar menuntut ilmu dalam Masjid Nabawi.”
“Saya sangat gembira, seperti pelajar menuntut ilmu. Baca Quran dalam masjid, rasa syukur tak terhingga.”
– Hjh Meriah Haron, Singapura
“Suasana belajar yang sangat harmoni dan mendalam.”
“Ilmu yang diterima terus dari Masjid Nabawi sangat istimewa. Ia bukan soal jadi pakar, tapi usaha untuk perbaiki bacaan kita.”
– Hj Rosdi Bin Yusuf, Shah Alam
“Dulu saya hanya lihat orang halaqah. Kini saya jadi salah seorang daripadanya.”
“Saya pernah berdoa untuk duduk di Masjid Nabawi sambil mengaji seperti jemaah yang saya lihat dahulu. Hari ini doa itu Allah makbulkan.”
– Pn. Halimah Mohd Aroff, Singapura
“Kesalahan makhraj saya diperbetulkan – barulah saya yakin.”
“Bila sheikhah tegur dan latih kami, saya sedar selama ini banyak sebutan saya salah. Syukur, dalam masa singkat pun banyak diperbaiki.”
– Dr. Nor Yazidah Yahya
“Rasa seperti duduk depan Rasulullah…”
“Waktu saya duduk depan sheikh, dia pandang saya dan betulkan bacaan, saya terbayang bagaimana kalau Rasulullah yang sedang mengajar. Suasana itu luar biasa.”
– Cikgu Mat Jusoh, Jerantut
Mari sertai kami! Sambil mengerjakan ibadah umrah, anda berpeluang menambah ilmu Al-Quran secara talaqqi di Masjid Agung Nabawi.
Berikut adalah maklumat pakej:
Harga Pakej:
Bilik Ber-4
Bilik Ber-3
Bilik Ber-2
Sebelum buat keputusan, dengar dulu penerangan penuh daripada team kami sendiri. Kami akan terangkan A to Z tentang program ini — dari perjalanan, halaqah, guru, modul pembelajaran, hingga kepada pengurusan visa dan penerbangan.
Dalam sesi ini anda juga boleh:
Bertanya terus apa-apa soalan yang masih bermain di fikiran
Dapatkan pencerahan terus daripada team program dan bekas peserta
Rasai sendiri kenapa ramai kata “program ini mengubah hidup mereka”
📍 Sesi akan dibuat secara online melalui Zoom / Google Meet. Link akan dihantar di dalam WhatsApp Group khas.
👉 Pakej biasa hanya fokus pada ibadah umrah & ziarah.
👉 Dalam Umrah Talaqqi, selain ibadah umrah, anda akan dibimbing untuk memperbaiki bacaan Al-Quran secara talaqqi (berguru terus), mengikuti bengkel tajwid di Universiti Islam Madinah, serta mendapat sijil rasmi dari Masjid Nabawi & UIM.
✅ Mereka yang mahu lebih daripada sekadar umrah & ziarah
✅ Jemaah yang rasa bacaan Al-Quran masih belum lancar / salah
✅ Individu sibuk yang tiada masa belajar di Malaysia
✅ Yang ingin belajar talaqqi bersanad di bumi wahyu
✅ Mereka yang mahu pengalaman spiritual + akademik
Tidak perlu sempurna, cukup boleh membaca Al-Quran walaupun perlahan. Sheikh/sheikhah akan membimbing dan membetulkan bacaan anda satu per satu.
Ya, setiap peserta akan menerima sijil penyertaan rasmi daripada Masjid Nabawi & Universiti Islam Madinah, tanda anda pernah belajar talaqqi & tajwid secara formal di bumi Madinah.
Tidak. Semua pengajian talaqqi Al-Quran hanya dijalankan di Masjid Nabawi dan Universiti Islam Madinah. Semua jadual juga disusun rapi supaya anda sempat lakukan solat berjemaah, ziarah, dan rehat. Halaqah hanya 4 kali sepanjang program & bengkel sekali, selebihnya anda bebas beribadah.
Setiap halaqah adalah eksklusif – kecil & fokus, tidak bercampur dengan jemaah lain. Sheikh/sheikhah akan fokus membimbing peserta satu-persatu.
Setiap halaqah adalah eksklusif – kecil & fokus, tidak bercampur dengan jemaah lain. Sheikh/sheikhah akan fokus membimbing peserta satu-persatu.
Ya, mutawwif berpengalaman dari Malaysia akan bersama sepanjang program untuk mengurus perjalanan, bimbingan ibadah, dan urusan kelas talaqqi.
Perjalanan pakej ini adalah diuruskan sepenuhnya oleh Dhuha Travel Sdn. Bhd., sebuah agensi umrah yang berpengalaman dalam menguruskan kumpulan-kumpulan jemaah umrah. Dhuha Travel Sdn. Bhd. juga merupakan agensi umrah berdaftar dan berlesen dengan MOTAC dengan nombor lesen 5679 (IOTU). Anda boleh semak maklumat agensi umrah ini di laman sesawang MOTAC.